Selasa, 11 Julai 2017

RoS Perlu Hantar Wakil Pantau Pemilihan CEC DAP – Jenice Lee



 Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) perlu menghantar wakil bagi memantau pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang baharu agar tidak dimanipulasi lagi oleh pihak berkepentingan dalam parti itu, kata bekas ADUN DAP Teratai, Jenice Lee.
Menurutnya, pemantauan perlu dilakukan bukan sahaja pada hari pengundian, tetapi juga semasa pendaftaran ahli yang dijemput hadir untuk mengundi.

“Kali ini kalau nak buat pemilihan semula, pastikan ada badan (pemantau) bebas masuk memantau dari mula sampai habis, bukan (hari) pengiraan (undi) sahaja.

“Mula pendaftaran, sebelum pendaftaran semua kena semak,”katanya.

Menurut DAP Insider, dalam pemilihan CEC yang diadakan pada 15 dan 16 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang terdapat tujuh penyelewengan yang telah dilakukan untuk memastikan kumpulan keluarga Lim menang dalam pemilihan itu;

1.Mengeluarkan notis kepada perwakilan untuk memanggil Kongres Kebangsaan dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ianya dilakukan secara senyap supaya tidak menarik perhatian orang dalam dan luar parti.

2.Notis hanya diberikan kepada 1726 orang perwakilan dari cawangan Sijil A yang telah dikenal pasti sebagai orangnya. Jumlah keseluruhan perwakilan adalah 2576 orang. Sebanyak 1300 perwakilan yang dikenal pasti menentangnya tidak diberikan notis.

3.Notis turut diberi kepada 547 orang perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua yang mana 547 orang itu adalah orang-orang yang boleh mengikuti arahan mereka.

4. Perwakilan tidak dibekalkan senarai 2576 orang yang layak mengundi pada hari berkenaan. Sedangkan perlembagaan menetapkan setiap perwakilan perlu diberikan senarai perwakilan-perwakilan yang layak mengundi untuk memilih CEC.

5.Lim Guan Eng melantik pembantu setia bapanya, Pooi Weng Keong sebagai pegawai pengurus pemilihan.

6.Tempat mengundi dan kotak undi berasingan untuk 547 perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua. Satu laluan khusus telah disediakan untuk perwakilan haram ke tempat pengundian supaya tidak disedari oleh perwakilan lain dan kumpulan Lima Harimau.

7.Perwakilan haram hanya diminta mengundi enam nama sahaja, sepatutnya mereka perlu mengundi 20 nama untuk mengisi CEC. Mereka hanya diminta untuk mengundi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke dan Vincent Wu. Selebihnya 14 nama lagi akan ditandakan oleh pasukan yang diketuai Anthony Loke dan Tony Pua.

Manipulasi yang cuba disembunyikan itu akhirnya meletup, apabila pegawai pemilihan CEC DAP, Pooi Weng Keon mengakui berlaku kesilapan teknikal, di mana Zairil Khir Johari pada awalnya kalah telah dimasukkan semula sebagai ‘pemenang’ 20 CEC DAP 2012.

Zairil ‘dimenangkan’ dengan cara ‘mengalahkan’ pemenang asal Vincent Wu Him Ven atas alasan silap kira undi kerana ‘computer glitch.

Berdasarkan aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri, RoS telah meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi pada pemilihan itu, namun jawapan yang diberikan tidak memuaskan menyebabkan RoS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula.

DAP telah mengadakan pemilihan semula pada 29 September 2013, namun pemilihan itu tidak disahkan oleh RoS.

Pada 7 Julai 2017, Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah mengarahkan DAP mengadakan sekali lagi pemilihan semula kerana pemilihan pada 29 September 2013 tidak sah dari segi undang-undang.

Beliau berkata pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 cawangan.

Ekoran keputusan terbaharu RoS itu, Jenice Lee mempersoalkan status pemecatannya kerana beliau dipecat keahlian parti oleh jawatankuasa CEC DAP 2013 yang tidak diiktiraf RoS.

“Kalau parti (DAP) itu pada masa pilihan raya (pemilihan) tidak sah, sebenarnya mereka tidak boleh pecat saya.

“Kalau saya masih ahli, saya akan balik undi (dalam pemilihan semula),”katanya

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: