Jumaat, 28 Julai 2017

RoS arah PH pinda logo kerana tak ikut peraturan - Tun Mahathir

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) mengarahkan Pakatan Harapan (PH) membuat pembetulan terhadap logo dan simbol parti kerana tidak mengikut peraturan permohonan pertubuhan. 
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, RoS berpendapat logo dan simbol yang dikemukakan pakatan mereka tidak sesuai. 
"Mereka berpendapat bahawa logo ini tak sesuai kerana ia tak beri nama penuh pakatan ini. Mereka nak supaya kita sebut kedua-dua perkataan iaitu 'Pakatan Harapan'.
"Jadi kita ambil ingatan dan kita akan buat logo baru, simbol baru dan akan kemuka semula kepada mereka. Mereka beri sedikit panduan kepada kita yang mana kita akan ambil kira," katanya kepada pemberita selepas selesai mengadakan pertemuan dengan pegawai RoS.

Tiada ulasan: