Khamis, 13 Julai 2017

Rafizi bebas tuduhan hina ahli Umno

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan sabitan terhadap Rafizi Ramli selepas anggota parlimen Pandan itu didakwa membuat kenyataan mengaibkan dengan nait mengganggu keamanan.
 
Hakim Datuk Ghazali Cha berkata, sabitan terhadap Rafizi mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan itu tidak dapat dipertahankan.
 
Beliau juga mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan Rafizi berniat begitu dan ia adalah faktor penting untuk sabitan kesalahan.
 
"Di sana juga tiada berlaku keadaan memecahkan keamanan... satu laporan polis dibuat oleh Umno Selangor hanya beberapa hari kemudian," katanya ketika membacakan penghakiman itu hari ini.
 
Untuk rekod Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan bagi seseorang yang sengaja mengaibkan dan menyebabkan kemarahan mana-mana orang dan mengetahui ia boleh mengganggu keamanan.
 
Jika disabitkan bersalah, seseorang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-dunya sekali.
 
Januari lalu, Rafizi yang juga naib presiden PKR pada Januari lalu didapati bersalah mengeluarkan kenyataan mengaib dan membangkitkan kemarahan ahli Umno.
 
Dia didakwa melalukan kesalahan berkenaan melalui satu artikel yang tersiar pada Februari 2014. Melalui tulisan berkenaan Rafizi mendakwa Umno menjadi dalang di sebalik serangan agama di Selangor pada 2014.
 
Rafizi kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
 
 

Tiada ulasan: