Selasa, 4 Julai 2017

Pesawat AirAsia terpaksa patah balik akibat burung

Bernama

Pesawat yang membawa 345 penumpang dan 14 anak kapal itu berpatah ke Lapangan Terbang Brisbane dan selamat mendarat pada 11.33 pagi

KUALA LUMPUR: Penerbangan D7 207 AirAsia X ke Kuala Lumpur dari Gold Coast berpatah ke Lapangan Terbang Brisbane selepas mengalami kerosakan enjin yang dipercayai akibat dilanggar burung tidak lama setelah berlepas semalam.

Bangkai dua ekor burung ditemui di landasan.

Pesawat yang membawa 345 penumpang dan 14 anak kapal itu berpatah ke Lapangan Terbang Brisbane dan selamat mendarat pada 11.33 pagi, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

“Pesawat gantian digunakan, dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Brisbane pada 5.10 petang (waktu tempatan) dan penumpang dijangka dipindahkan ke penerbangan D7 689 yang dijadual berlepas ke Kuala Lumpur pada 6.10 petang hari ini,” katanya.

Tiada ulasan: