OLEH: MOHD EZLI MASHUT
GLOBAL : Objek misteri yang jatuh dipercayai dari angkasa
lepas berkemungkinan sisa pecahan roket milik China jenis Longmach
Chang-Zheng 3-A.
Portal Berita Indonesia VIVA.co.id melaporkan objek misteri itu jatuh
di Jalan Raya Jorong Kubu Kabupaten Agam Sumatera Barat.
Lembaga Penerbangan dan Antariksa (LAPAN) mengesahkan perkara
sedemikian selepas melakukan siasatan lanjut di tapak terjatuhnya objek
misteri angkasa lepas itu.
“Segera dikirim ke kantor Pusat LAPAN di Bandung,” kata Ketua LAPAN Wilayah Agam Sumatera Barat Syafrijon, Rabu, 19 Julai.
Pemeriksaan awal terhadap objek misteri seberat 7.4 kilogram itu
dalam keadaan kosong dan tidak ditemukan sebarang kandungan berbahaya.
Penemuan objek misteri berbentuk bulat itu berlaku sekitar jam 9.30 WIB pada Selasa 17 Julai berdiameter 110×55 sentimeter.
Sebelum ini masyarakat di kawasan itu heboh dengan penemuan itu
apabila sejumlah saksi melihat objek berkenaan menghentam ke bumi dan
mengenai sebuah jalan.
Namun kejadian berkenaan tidak menyebabkan sebarang kecederaan dan kematian ekoran hentaman objek misteri itu.
Sebelum ini, pada 2016, bekas roket Falcon 9 milik Agensi Angkasa
Lepas Amerika Syarikat (NASA) juga pernah jatuh di Sumenep, Jawa Timur.
Lintasan orbit roket Longmach Chang-Zheng 3-A sebelum bagian tangkinya jatuh di Agam, Sumatera Barat. (LAPAN)
Long March 3A also known as the Chang Zheng 3A
SUMBER BERITA ASAL: http://m.viva.co.id/berita/nasional/937003-benda-langit-misterius-di-agam-diduga-roket-tiongkok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan