Isnin, 3 Julai 2017

Nafi anjur Himpunan Bantahan Campur Tangan Kuasa Asing

HISHAMUDDIN ABDUL KARIM

 
DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendapat maklumat daripada orang ramai berkenaan dengan satu e-poster yang ditularkan melalui sebaran media baru tentang Himpunan Bantahan Campurtangan Kuasa Asing di depan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat, 7 Julai 2017.
 
Sehubungan dengan perkara ini, pihak DPPM menafikan penganjuran tersebut dan e-poster tersebut tidak diterbitkan sama sekali oleh pihak DPPM. Penganjuran acara seperti ini akan dihebahkan secara rasmi melalui organisasi parti.
 
Pendirian DPPM terhadap campur tangan asing selari dan konsisten dengan pendirian PAS Pusat agar Malaysia terpelihara daripada campur tangan kuasa asing. 
 
Penyelewengan dan dakwaan salah laku yang berlaku dalam mana-mana agensi termasuk seperti 1MDB merupakan antara perkara yang konsisten ditentang oleh PAS. 
 
Cadangan awal yang dikemukakan oleh PAS agar menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk berperanan menyiasat secara telus membuktikan PAS tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk mempertahankan 1MDB apatah lagi mempertahankan pihak pemerintah.
 
Kami juga menaruh keyakinan, perubahan besar perlu diterjemahkan oleh rakyat Malaysia untuk melihat Malaysia yang lebih sejahtera bersama Islam.
 
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
 
“MARA MENUJU CITA”
 
Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
HARAKAHDAILY 
 
 

Tiada ulasan: