Jumaat, 14 Julai 2017

Mana DAP dalam barisan kepimpinan baru PH?, soal Salleh Keruak

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketiadaan wakil DAP dalam tiga kedudukan teratas dalam barisan kepimpinan baru Pakatan Harapan (PH) menjadi tanda tanya banyak pihak.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa, senarai baru ini seolah-olah mahu mengaburi mata pengundi dan rakyat bahawa segala keputusan dalam PH tidak dipengaruhi DAP.
 
"Kenapa DAP tidak memegang salah satu jawatan tertinggi, sedangkan DAP mempunyai bilangan ahli Parlimen terbanyak dalam Pakatan ini?
 
"Apakah DAP dipinggirkan atau ini disengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu?" soalnya.
 
Beliau yang juga merupakan bendahari Umno membangkitkan isu itu dalam satu catatan blog beliau hari ini.
 
Dalam barisan yang diumumkan lewat tengah malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Ketua Umum, sementara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusinya.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi presiden PH. 
 
Manakala DAP, Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng akan menjadi timbalan presiden PH, sementara naib presiden DAP dari Sarawak, Chong Chieng Jen, dinamakan naib presiden PH.
 
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, bagaimanapun, tidak ada dalam barisan kepimpinan itu.
 
Salleh juga, kemudian bertanya siapakah di antara tiga pemimpin tertinggi itu, mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam membuat keputusan untuk gabungan tersebut.
 
Bukan itu sahaja, Salleh turut mempersoalkan janji diberikan PH jika berjaya ambil alih Putrajaya, adalah lebih baik mereka memuktamadkan siapa yang bakal menjadi perdana menteri.
 
Katanya, kegagalan PH berbuat demikian sepatutnya tidak boleh dipercayai dan diperjudikan rakyat untuk menyerahkan masa depan kepada mereka.
 
"Daripada terus berjanji, adalah baik bagi pakatan pembangkang ini menamakan dahulu perdana menteri pilihan mereka. Pelik rasanya apabila ditanya hal ini oleh pemberita, pengerusinya 
 
menjawab: kita isytiharkan PM kelapan dahulu. PM ketujuh kita tentukan kemudian.
 
"Dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang sebegini, bolehkah kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk menerajui negara? Tentunya tidak kerana masa depan negara bukanlah untuk diperjudikan," ujar Salleh

Tiada ulasan: