PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi
Melaka terkhilaf memberi permohonan kepada enam penduduk di negeri itu
yang mencabar proses persempadan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Panel tiga anggota yang bersidang hari ini membenarkan rayuan SPR
selepas berpuas hati dengan hujah suruhanjaya itu yang diwakili peguam
kanan persekutuan Datuk Amarjeet Singh.
"Kami tidak membuat sebarang perintah mengenai untuk kos," kata Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid.
Beliau sehubungan membenarkan permohonan SPR untuk mengetepikan
kebenaran permohonan semakan kehakiman yang diperoleh oleh pengundi
kawasan berkenaan.
Hakim lain yang bersidang bersama adalah Datuk Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Idrus Harun.
Penduduk berkenaan sebelum ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah
Tinggi Melaka pada 3 Mei lalu untuk mencabar persempadanan semula
kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri
itu.
Kesan daripada keputusan Mahkamah Rayuan bermakna permohonan mereka
yang diwakili peguam Datuk S Ambiga untuk mencabar keputusan mahkamah
itu berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan