Sabtu, 1 Julai 2017

Lebih 250 rumah di Tawau hangus dalam kebakaran

Ridzal Abdullah, Astro Awani
Lebih 250 rumah di Tawau hangus dalam kebakaran
Lebih 250 buah rumah setinggan membabitkan lebih 1,000 penduduk di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas musnah dijilat api. -Foto JBPM
 
 
TAWAU: Keriangan Aidilfitri bertukar suram apabila dianggarkan lebih 250 buah rumah setinggan membabitkan lebih 1,000 penduduk di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas di sini musnah dijilat api.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah (JBPMS), kebakaran tersebut melibatkan anggaran keluasan rumah 100x100 persegi yang dibina atas air.

Lebih 250 buah rumah setinggan membabitkan lebih 1,000 penduduk di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas musnah dijilat api. -Foto JBPM
 
Lebih 250 buah rumah setinggan membabitkan lebih 1,000 penduduk di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas musnah dijilat api. -Foto JBPM

Kebakaran berlaku pukul 3 petang pada Sabtu di mana seramai 30 anggota JBPM daerah Tawau dan dibantu oleh anggota JBPM Semporna dan Kunak.

Pihak JBPM menghadapi kesukaran untuk memadamkan api berikutan tekanan air yang rendah dan faktor jarak antara rumah yang dibina agak rapat.

Jumlah sebenar rumah yang musnah, punca kebakaran, serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tiada ulasan: