Isnin, 10 Julai 2017

Laporan kewangan MB Inc Perak: Amanah gesa dibahaskan dalam sidang Dun

MALAYSIA DATELINE



Amanah Negeri Perak mengesa Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mebentangkan laporan kewangan berkaitan MB Inc Perak di dalam Sidang Dewan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dibahaskan berikutan tuduhan keraguan ketelusan kewangan yang dipertikai banyak pihak sebelum ini.

Asmuni AwiPengerusinya Asmuni Awi berkata, Amanah akan memohon secara rasmi untuk melihat sendiri laporan kewangan syarikat diperbadankan itu.

"Datuk Seri Zambry tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan kewangan tersebut tidak perlu dibentang di dalam Dewan hanya kerana Negeri-negeri lain juga tidak pernah membentangkannya di dalam sidang Dun mereka.

"Amanah Perak akan memohon secara rasmi untuk melihat sendiri laporan kewangan MB Inc Perak termasuklah Elaun yang diberikan kepada beberapa orang Pegawai Menteri Besar Perak selain dari untuk mengetahui jumlah bayaran zakat yang dibayar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk)," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Zambry dalam program 'Selamat Pagi Malaysia- Perak Bersama Dr Zambry di Perak FM hari ini, yang yang mempelawa pelbagai pihak untuk melihat sendiri laporan kewangan khas Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak.

Walaupun Asmuni memuji langkah Zambry untuk mempelawa pelbagai pihak untuk melihat sendiri laporan kewangan khasPerbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak.

Isu berkaitan kewangan MB Inc ini dibangkitkan beberapa pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini.
Ini kerana mendapat MB Inc ini MB Inc tidak telus dan tidak berintergriti; tidak berkemampuan mengurus; diberikan tanah dan aset yang besar; diberikan keistimewaan melebihi agensi lain; mempunyai liability; tidak menyumbang kepada negeri & rakyat dan bersaing dengan pemain industri lain dalam bidang batu-batuan, mineral dan hartanah.

Tetapi ia dinafikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid yaang dipetik berkata, MB Inc telah diurus secara berhemah dan telah membawa satu perubahan positif terhadap industri mineral.

Di samping itu, kata beliau, MB Inc turut menyumbang kepada rakyat melalui pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

MB Inc katanya telah menyumbang sebanyak RM53.7 juta kepada pendapatan negeri di samping RM4.5 juta sumbangan dalam bentuk CSR dan zakat.

Tiada ulasan: