Dr Novandri- Di bawah adalah kronologi isu status ahli-ahli CEC DAP yang begitu lama dan masih belum lagi selesai hingga ke hari ini. Ianya melibatkan Lim Kit Siang dan kroni tegarnya iaitu Lim Guan Eng.
15 Disember 2012 –
Kongres Nasional DAP untuk memilih 20 ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC) yang baharu. Kesemua calon Melayu ditolak oleh wakil-wakil yang
hadir di majlis tersebut. Ianya menyerlahkan satu parti yang rasis dan
tidak dapat menerima orang Melayu di dalam kepimpinan tertinggi mereka.
3 Januari 2013 –
Hanya setelah 3 minggu barulah DAP mengaku berbohong tentang pemilihan
CEC DAP kononnya berlaku kesilapan teknikal dan menyalahkan program
komputer Microsoft Excel.
Tindakan DAP itu dikutuk oleh rakyat kerana
parti cauvinis itu hanya ‘memperbetulkan’ pemilihan CEC setelah didesak
dan terbukti parti itu rasis kerana tiada seorang pun Melayu berjaya
merebut 20 jawatan CEC.
Vincent Wu Him Ven yang pada awalnya menang
telah dikalahkan manakala Zairil anak tiri Khir Johari dimenangkan
sebagai ahli CEC ke 20.
17 April 2013 – ROS
mengeluarkan notis kepada DAP terdapatnya aduan penyelewengan ketika
pemilihan itu. Ahli-ahli DAP membuat laporan kepada ROS tentang wujudnya
penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. Di antara yang
dilaporkan :
- DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.
- Wujud 547 perwakilan ‘haram’ yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi 6 nama iaitu LKS, LGE, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven. ( http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130806/re_05/Kenapa-masih-bermain-politik)
- Senaraikan 2,576 ahli, cawangan dan alamat, senaraikan 1,740 ahli yang berhak hadir dan mengundi beserta cawangan masing-masing, senaraikan 985 cawangan yang telah diberi status Sijil A dan salinan notis kepada 2, 576 ahli selain nama cawangan dan alamat di mana ia dihantar.
- 851 daripada 2,576 perwakilan tidak hadir dan mengundi semasa pemilihan semula CEC dan secara misteri muncul pula 120 cawangan tambahan yang hadir dan pengundi diwakili oleh 450 perwakilan. Ini bermakna 1,301 perwakilan asal tidak hadir untuk mengundi. ( https://www.malaysia-today.net/dap-perlu-hentikan-sandiwara-tuan-tat)
17 Jun 2013 – ROS
meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi
pada Disember 2012. Pendaftar ROS berkata ia adalah untuk mengenal pasti
sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab ‘computer glitch’
atau satu penyelewengan.
30 Julai 2013 – ROS
mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak
berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung
isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi
membabitkan 547 perwakilan.
5 Ogos 2013 –
Pendaftar ROS mendedahkan bahawa dakwaan pemimpin DAP yang mereka telah
memberi kerjasama penuh kepada ROS adalah tidak tepat kerana sepanjang
siasatan mereka sering meminta penundaan tarikh atau memendekkan masa
proses siasatan atas alasan sibuk dengan hal politik kepartian mereka.
Puak DAP ini juga sering kali menangguhkan
penghantaran maklumat yang diperlukan ataupun tidak menyediakannya
walaupun perkara itu telah dinyatakan kepada mereka lebih awal.
Pendaftar ROS juga mendedahkan bahawa ROS telah mengambil sikap yang
terlalu ‘humanistic’ menguruskan pemimpin DAP walaupun beberapa kali
difitnah khususnya sepanjang Pilihan Raya Umum yang lepas atas dasar
politik. Beliau menyifatkan keengganan DAP mematuhi keputusan ROS
sebagai sangat mendukacitakan.
29 September 2013 –
Pemilihan semula CEC DAP. Liew Chin Tong mendapat undi popular tertinggi
sekali iaitu 1,438 undi tetapi beliau tidak dapat memegang jawatan
terpenting sekali dalam DAP.
Yang amat memalukan ialah Lim Guan Eng masih
memegang jawatan Setiausaha Agung DAP walau pun beliau hanya sekadar di
tangga ke-5 sahaja. Makanya, jika Lim Guan Eng benar-benar walk his talk dan
percaya ‘bermati-matian’ tentang konsep ‘undi popular’ PRU13, beliau
sepatutnya berasa malu untuk mengambil jawatan Setiausaha Agung DAP.
Yang pastinya, tidak ada demokrasi dalam
pemilihan CEC DAP tetapi mereka ini yang selalu buat bising kononnya
mengamalkan demokrasi. Bohong besar.
4 Disember 2013 – Surat Pendaftar ROS kepada Pengerusi DAP Kedah yang mengatakan bahawa CEC DAP masih belum diiktiraf oleh ROS.
6 Disember 2013 –
ROS hantar surat kepada DAP untuk mengemukakan laporan lengkap pemilihan
semula CEC termasuk 985 cawangan yang telah diberi status A dan juga
salinan asal 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan tidak hadir.
11 Disember 2013 –
ROS melaporkan isu CEC akan terus berada dalam kedudukan tergantung
sehingga DAP mengemukakan laporan berhubung Kongres Khas dan pemilihan
semulanya. Pihak ROS tidak dapat membuat sebarang keputusan tentang
kesahihan CEC yang dipilih semula ekoran DAP menghantar laporan tidak
lengkap.
18 Februari 2014 –
ROS dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung DAP meminta DAP
senarai 985 cawangan yang diberikan dengan sijil A kerana dokumen itu
belum diserahkan kepada ROS. ROS juga meminta parti untuk senarai penuh
semua perwakilan dari 985 sijil A cawangan yang menghadiri pemilihan CEC
awal pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.
DAP juga diminta untuk salinan asal 500
surat yang ditandatangani oleh perwakilan yang tidak dapat menghadiri
mesyuarat pada 15 Disember.
23 September 2014 – DAP
mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman
bagi memaksa Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengiktiraf pemilihan
semula CEC dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September 2013.
27 September 2014 – Wee Choo Keong, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju telah mendedahkan:
- Semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, pihak urus setia DAP mengisytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 865 cawangan. Semasa pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, pihak urus setia DAP, Ong Kian Meng pula isytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 985 cawangan.
- Ternyata 120 cawangan baharu yang belum didaftar secara sah telah hadir pada pemilihan semula CEC pada 29 September 2013. Maka oleh sebab itulah, Setiausaha Agung DAP yang belum sah, Lim Guan Eng telah menghantar Anthony Loke dan Vincent Wu pada 24 September 2014 untuk menggesa pihak ROS meluluskan pendaftaran 120 cawangan yang hadir pada pemilihan semula pada 29 September 2013.
3 Oktober 2014 – ROS
membuat penafian pernah mengiktiraf pemilihan CEC DAP sebagai sah. ROS
turut mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh DAP itu dan tertanya-tanya
bagaimana parti tersebut boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada
mahkamah.
ROS akan menyiasat perkara tersebut
seterusnya menjawab isu 120 cawangan DAP tidak mendaftar dan mengundi
pada pemilihan semua CEC parti itu.
7 Oktober 2014 – RoketKini mendakwa ROS telah akhirnya tewas dan kononnya ‘mengiktiraf DAP adalah sah’.
19 Oktober 2014 – Anthony
Loke mendakwa senarai perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan
semula adalah senarai yang sama yang digunapakai dalam pemilihan Kongres
Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.
19 Mac 2015 – Dalam
jawapan bertulis kepada Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri berkata
siasatan ROS terhadap DAP masih berjalan, hal ini kerana jabatan
berkenaan masih menerima aduan baharu walaupun pemilihan semula telah
diadakan.
29 Oktober 2015 –
ROS masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap DAP berikutan
pemilihan semula parti itu yang diadakan pada 29 September 2013.
Kenyataan ini dibuat oleh DS Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawab soalan
Loke Siew Fook yang meminta beliau menyatakan status siasatan ROS
terhadap DAP.
19 Mei 2016 – DS
Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bahawa ROS
tidak berpuas hati dengan dokumen yang disediakan oleh DAP. ROS masih
menyiasat pemilihan semula kerana ia perlu menganalisis dokumen-dokumen
yang dikemukakan oleh DAP. Ini kerana terdapat percanggahan dalam
kandungan dan kebenaran dokumen itu.
26 November 2016 –
KDN dan ROS didesak mengumumkan hasil siasatannya terhadap DAP berhubung
status terkini parti berkenaan susulan dakwaan berlakunya penyelewengan
dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.
23 Mei 2017 – Satu
memorandum bagi mendesak ROS memberi surat tunjuk sebab kepada DAP
mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya
membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang
memuaskan. Memorandum ini disokong oleh ahli-ahli akademik yang sedang
berkhidmat di universiti-universiti tempatan
7 Julai 2017 –
Jabatan ROS akan mengeluarkan arahan meminta DAP mengadakan pemilihan
semula CEC kerana pelantikan 20 anggota CEC daripada pemilihan semula
pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan
kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada
pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012 yang melibatkan 2,576 perwakilan
dari 865 cawangan.
Kita berharap agar pihak ROS lebih tegas dan
menyegerakan siasatan dan memberi keputusannya dengan segera kerana isu
ini terlampau lama. Malah, agensi ROS juga telah mula disindir oleh
rakyat kerana dianggap takut untuk berdepan dengan parti DAP. Penulis
yakin ROS akan dapat menyediakan segala bukti siasatan mereka tetapi
jangan dilengahkan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan