Khamis, 13 Julai 2017

KJ politikus muda pasca moden perlu dihindari rakyat,golongan muda muslim

AKHBAR RAKYAT

 
Oleh SAMSUL ADABI MAMAT 

Khairy Jamaluddin (Kj)menyatakan mengenai tiga tokoh wajar meninggalkan pentas politik tanah air. Antara individu yang dimaksudkan beliau ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataannya itu juga, Kj ada menyebut mengenai politik pascamoden.

Mungkin ramai yg kurang faham mengenai masalah dan istilah pascamoden ini. Sememangnya pascamoden punyai nilai positif dan negatifnya yang tersendiri. Sy ada terbaca sedikit dalam tulisan lain mengenai pascamoden ini.

Antaranya ialah menurut Gary Minda (1996), Michel Foucault dan Edward Said menyatakan barat telah mendefinisikan identiti sosial menurut perspektif dan norma mereka, lantas mengenepikan identiti kumpulan negara dalam kalangan bukan barat.

Apa yang dirasakan baik bagi barat sebenarnya belum tentu baik bagi yang selain barat. Berikut adalah apa yang Gary Minda maksudkan:

“The goal is to uncover the human identities and dead styles defined by the symbolic system of meaning in modern thought and then to expose how the universal identity of the self excludes and disciplines other self-identities,” dan “The goal of these postmodern critics is freedom from theory.”(Gary Minda 1996)

Saya ingin membawakan di sini beberapa elemen pascamoden yang bahaya kepada masyarakat Islam. Melalui tulisan yang saya baca itu (Pasca-moden: Suatu Gagasan Baru Selepas Moden. al Filsuf (2010) membawakan pandangan S.M. Zakir, Dr Akbar S. Ahmad dalam bukunya Postmodernism and Islam, telah membariskan lapan (8) elemen yang menjadi inti (asas) kepada pascamodeniti.

Berikut saya bawakan salah satu daripada elemen pascamoden yang jika menimpa seseorang politikus itu maka ia akan membawa bahaya kepada negara umat Islam serta perlu dihindari oleh golongan muda Islam negara ini demi masa depan negara. Eleman bekenaan ialah sebagaimana berikut:

Ia dihidupkan oleh roh pluralisme, mempunyai keraguan yang tinggi terhadap asas-asas tradisional, dan memisahkan kemanusiaan daripada alam (menghancurkan vertikaliti Tuhan-alam-manusia dalam tradisionalisme);

Jika Kj bepegang kepada politik pascamoden maka beliau mungkin terjerumus ke lembah keraguan terhadap asas2 tradisional dan memisahkan kemanusiaan daripada alam. Sebab itulah Kj berkemungkinan kurang mempunyai sifat menghormati seseorang negarawan.

Jika beliau tidak dapat punyai sifat menghormati yang tinggi terhadap seorang negarawan ulung tanahair maka dibimbangi pemimpin seperti Kj yang punyai watak politikus pascamoden ini juga akan terjerumus untuk tidak menghormati pemimpin lama yg lain. Jika beliau tidak dapat meletakkan harga yang tinggi untuk menghormati seorang pemimpin negara yang amat berjasa membangunkan negara sepertiTun M, maka apatah lagi untuk Kj tunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada pemimpin lama yang lain. Kj berkemungkinan akan terdedah kepada hanya memilih pemimpin tertentu sahaja untuk beliau hormati yang barangkalinya punyai ciri politikus pasca moden sebagaimana beliau sendiri.

Orang muda ialah pemimpin masa depan negara. Sebagaimana kita sedia maklum, Kj sudahpun menjadi kalangan orang muda yang memimpin negara sekarang ini dan sudahpun bertaraf menteri.

Dengan kenyataan beliau yang terbaru itu saya risau akan masa depan negara kita jika kita masih punyai pemimpin muda seperti ini yang boleh kita sifatkan sebagai POLITIKUS MUDA
PASCAMODEN yg tidak Islamik. Marilah kita berhati-hati memilih pemimpin kita. Marilah kita wahai golongan muda Islam khasnya menghindari pemimpin muda seperti ini. Malah janganlah kita sekali-kali memberikan undi kita kepada golongan pemimpin seperti ini walaupun satu undi. Bersihkan kumpulan kita dan sof kepimpinan muda kita daripada golongan pemimpin muda yg kelakuannya tidak keruan seperti ini.

Akhir sekali, saya ingin melontarkan pandangan murni saya agar Kj datang kepada Yang amat berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dan minta maaflah kepada Tun M di bulan yang mulia ini agar Kj mampu membasuh kembali kesilapan beliau dengan kenyataan yang beliau keluarkan sendiri.
Jika tidak, beliaulah sendiri yang sepatutnya menjadi satu-satunya tokoh muda yang wajar meninggalkan pentas politik tanah air.

Tiada ulasan: