Isnin, 3 Julai 2017

Kalau orang Islam dapat, non-Muslim pun boleh

ASLANI M




KALAU orang Melayu yang miskin mendapat bantuan beras percuma, orang Cina, India dan Siam juga diberi bantuan serupa.

“Begitu juga rumah dhuafat, dividen bulanan Ladang Rakyat sebanyak RM200 dan takaful Kifaalah RM1,500 juga penduduk non-Muslim dapat.

"Ini disebut orang tiada pilih kasih biar pun ditadbir ulama,” kata bekas guru besar Lau Chin Chua di Kota Bharu.

Beliau yang juga bekas setiausaha Gerakan Kelantan memberitahu tiada elemen politik yang membezakan antara kaum di negeri tersebut.

Usaha terbabit dirintis arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan diteruskan Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.
al ItaamKata Cikgu Lau pemimpin kerajaan negeri bersikap adil kepada masyarakat pelbagai kaum di Kelantan.
Selain itu pemimpin kalangan masyarakat non-Muslim juga dilantik mengisi jawatan penting lantikan politik.
Antaranya penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan, pegawai di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan lembaga pengarah agensi kerajaan negeri.
 Cikgu Lau kini pegawai khas di Pejabat Menteri Besar. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: