Selasa, 25 Julai 2017

Ibu bapa enggan vaksin bimbang haram dan penyebab autisme

 
Kebanyakan yang enggan itu ibu bapa dari Perak, Terengganu, Pahang, Kedah dan Selangor. 


autism


KUALA LUMPUR: Majoriti ibu bapa yang enggan vaksinkan anak mereka pada 2016 dari Perak, Terengganu dan Pahang, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Ibu bapa berkenaan membantah vaksinasi anak mereka atas sebab agama, kata Dr Rozita Rahman, pembantu pengarah di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, kementerian mancatatkan 800 kes ibu bapa menolak vaksinasi.

Kajian kementerian mendapati tahun lalu terdapat 285 bantahan di Perak, dikuti Terengganu (233), Pahang (178), Kedah (172) dan Selangor (151).

Labuan mempunyai 1 kes ibu bapa menolak vaksinasi anak.

“Mereka tidak pasti vaksin halal atau haram.

“Selain mempersoalkan sama ada terdapat DNA babi dalam vaksin atau tidak, mereka khuatir ia mengandungi bahan atau kimia terlarang seperti raksa,” kata Rozita kepada FMT selepas pelancaran video kesedaran vaksinasi oleh kumpulan sivil G25.

Antara penyebab kebimbangan terhadap vaksin ialah maklumat salah yang disebarkan golongan anti-vaksin di internet.

Golongan anti-vaksin membantah vaksin, antaranya mendakwa ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi autistik.

Rozita berkata ramai juga percaya perubatan alternatif seperti homeopati boleh menghalang atau memulihkan kanak-kanak dari jangkitan virus dan bakteria seperti batung kering, diphtheria, polio dan campak.

“Ini berleluasa di negeri-negeri utara seperti Kedah dan Perak.”

Menurut beliau, data yang dilaporkan kementerian tidak menunjukkan perbezaan antara persepsi negatif warga bandar dan desa terhadap vaksinasi.

Beliau berkata kementerian bekerja rapat dengan pihak berkuasa agama untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap vaksinasi.

Ahli G25 Dr Yahya Awang yang pernah menyuarakan kebimbangan terhadap gerakan anti-vaksin hari ini menegaskan ibu bapa enggan vaksinkan anak kerana ada dakwaan mengatakan ia haram dan boleh menyebabkan autisme.

Merujuk kepada 5 kematian akibat jangkitan diphtheria, yang menyebabkan leher membengkak, Yahya mendakwa penyakit itu pernah dihapuskan di Malaysia.

Kemunculan mendadak diptheria bukan sahaja membunuh 5 mangsa tahun lepas, tetapi juga menyebabkan jangkitan orang dewasa partama dalam sejarah negara.

Video animasi G25 menyentuh mengenai kepentingan vaksinasi dan bagi menyekat penyebaran maklumat salah mengenai vaksinasi.

Video berbahasa Melayu itu bertajuk: “Apakah itu Vaksin?” dan “Adakah vaksin itu haram dan sebabkan austima?”.

Video boleh ditonton melalui Youtube dan laman rasmi G25.

Tiada ulasan: