Rabu, 12 Julai 2017

Harga RON95, RON97 naik lagi


SINAR ONLINE

Harga RON95, RON97 naik lagi


KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen dan tiga sen kepada RM1.97 seliter dan RM2.22 seliter berkuat kuasa esok hingga 19 Julai.
Harga diesel pula naik lima sen kepada RM1.96 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui infografik di laman sesawangnya menyatakan harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam ini.

Sebelum ini, bagi tempoh 6 Julai hingga 12 Julai, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM1.93 seliter, RON97 (RM2.19) dan diesel (RM1.91) seliter. - Bernama

Tiada ulasan: