Khamis, 13 Julai 2017

Hak DUN Kelantan lulus hukuman sebat - TPM

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUCHING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap tidak timbul sebarang spekulasi berhubung kelulusan pelaksanaan enakmen syariah yang memperuntukkan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Kelantan.
 
Timbalan Perdana Menteri, berkata perkara itu hanya membabitkan umat slam di negeri berkenaan semata-mata dan tidak merangkumi masyarakat bukan Islam. 
 
"Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks ia hanya membabitkan orang Islam, di negeri berkenaan sahaja dan tidak membabitkan orang bukan Islam. 
 
"Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai hak berbuat demikian kerana memiliki suara majoriti dalam dewan berkenaan," katanya. 
 
Beliau berkata demikian sebelum berlepas pulang ke ibu negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini sebentar tadi selepas mengadakan lawatan kerja ke Sri Aman. 
 
Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebarang pelaksanaan undang-undang baru, termasuk membabitkan enakmen syariah di negeri berkenaan perlu mendapat perkenan Sultan Kelantan.
 
 

Tiada ulasan: