Rabu, 12 Julai 2017

DUN Kelantan lulus pindaan RUU Jenayah Syariah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Sidang Dun Kelantan Kali Kedua Penggal Kelima hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (pindaan 2017).
 
Perkara tersebut dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
 
Kelulusan diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaa'kub setelah disokong sebulat suara oleh ahli dewan yang hadir.
 
Mohd Nassuruddin berkata, tiga faktor utama pindaan  perlu dilakukan dan diluluskan segera, antaranya ia sudah berusia 15 tahun dan perkembangan moden begitu cepat bagi menangani isu- isu perundangan.
 
"Ia  perlu dipinda bagi membantu hakim syariah, pendakwa syarie, peguam syariah, penguatkuasa agama dalam menjalankan prosedur kes jenayah syariah dengan lebih teratur dan seragam," katanya dalam Sidang DUN sebentar tadi.
 
Antara pindaan yang akan digunapakai adalah membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguatkuasa agama boleh menggunakan gari, video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan.
 
 

Tiada ulasan: