Selasa, 18 Julai 2017

Diheret ke mahkamah kerana demo kunci pintu SPR

 

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Shazni Munir Mohd Ithnin mohon dibicarakan atas dakwaan menyebabkan gangguan awam.

Beliau hari ini didakwa bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret selepas dikatakan terlibat dalam protes di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 23 Mei lalu.

Beliau dikatakan mengunci pintu masuk suruhanjaya itu dengan rantai dan mangga.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM400 bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim W Ab Rahman menetapkan RM800 untuk ikat jamin dengan seorang penjamin.

Tiada ulasan: