Selasa, 11 Julai 2017

DAP Akui Mahu Penjarakan Mahathir

Suara Kebenaran




Persoalan mahu memenjarakan Tun Mahathir ini bukan saja dimulakan oleh Najib dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja mengenai Forex, malah telah lama disebut terutama oleh DAP semasa dibawah pimpinan mendiang Karpal Singh.

Bagaimanapun, sejak kematian Karpal, misi memenjarakan Mahathir bukan lagi menjadi keutamaan parti itu, akui sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Keutamaan DAP sekarang ialah menjatuhkan BN dan menjadi kerajaan di peringkat persekutuan dulu.  Soal mahu memenjarakan Mahathir atau tidak, itu akan diputuskan setelah Pakatan Harapan berjaya menawan kerajaan.

Selain DAP, pergerakan reformasi dalam PKR turut mempunyai matlamat untuk memenjarakan Mahathir.

Pendek kata, Tun Mahathir tidak banyak pilihan sama ada menyertai Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.  Jika BN menang dalam PRU14, Najib akan memenjarakannya, jika Pakatan Harapan menang, DAP atau PKR (pergerakan reformasi) akan ada pilihan untuk memenjarakannya.

Tiada ulasan: