Khamis, 27 Julai 2017

Budak Tahun 1 disyaki rogol budak tadika

ANTARAPOS.COM

Post Pic


MELAKA: Seorang wanita membuat laporan polis selepas anak perempuannya yang berusia enam tahun mengadu sakit pada bahagian kemaluan selepas pulang dari rumah pengasuh.

Memetik laporan The Star, wanita berusia 30 tahun yang merupakan ibu tunggal itu terkejut selepas mendapati kemaluan anaknya kemerah-merahan.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada 20 Julai itu, kanak-kanak itu memberitahu ibunya bahawa 'pipit abang', merujuk kepada anak lelaki pengasuhnya, yang menyebabkan kemaluannya terasa sakit.

Difahamkan kanak-kanak perempuan itu diletakkan di rumah pengasuh, berhampiran dengan tadikanya sehingga ibunya pulang bekerja.

Kanak-kanak perempuan itu juga mendakwa, budak lelaki itu turut memasukkan beberapa jari ke dalam kemaluannya ketika tidak diperhati orang dewasa.

Hasil pemeriksaan dan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Melaka mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara kanak-kanak perempuan berkenaan.

Berikutan laporan tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan secara terperinci dan kes berkenaan hampir selesai.

Katanya, selepas menerima laporan perubatan dari Hospital Melaka dan laporan dibuat ibu mangsa, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit telah dipanggil untuk disoal siasat.

Tambah Kamaluddin, beliau telah mengarahkan pegawainya supaya mengendalikan kesi itu secara lebih teliti memandangkan ia melibatkan dua kanak-kanak dan kes disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017.

Tiada ulasan: