NEW YORK
– Seorang bekas anggota Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), Malcom
Howard, 79 mendakwa bahawa dia terlibat dalam ‘perobohan terancang’
bangunan World Trade Center 7, bangunan ketiga yang dimusnahkan ketika
tragedi 9/11.
Howard,
yang bekerja untuk CIA selama 36 tahun sebagai pengendali, mendakwa dia
ditugaskan oleh ejen kanan CIA untuk mengusahakan projek itu kerana
latar belakang kejuruteraannya, dan kerjaya awal dalam bidang perobohan.
Howard berkata, dia adalah salah seorang daripada empat ejen yang ditugaskan untuk memastikan perobohan itu berjaya.
Dia
berkata, operasi World Trade Center 7 adalah unik di kalangan
perobohannya, kerana ia adalah satu-satunya perobohan di mana mereka
harus berpura-pura ia bukan kerja perobohan.
Dia
mendakwa dia tidak mempunyai masalah dengan penipuan pada masa itu,
kerana dakwanya, “Ketika anda seorang patriot, anda tidak akan
mempersoalkan motif CIA atau Rumah Putih.
“Anda cuma
menganggap bahawa tujuannya lebih besar dan untuk kebaikan yang lebih
daripada itu. Mereka memilih orang-orang yang baik, setia seperti saya,
dan ia memecah hati saya untuk mendengar kebenaran,” katanya.
Menjelaskan bagaimana bangunan itu dirobohkan, Howard berkata, ia adalah perobohan yang dikawal klasik dengan bahan letupan.
“Kami
menggunakan bahan komposit nanothermite gred super-halus sebagai bahan
peledak. Bahagian yang sukar dalam tugasan itu ialah untuk membawa masuk
ribuan pound bahan letupan, fius dan mekanisme pencucuhan ke dalam
bangunan tanpa menyebabkan terlalu banyak kebimbangan.
“Tetapi
hampir setiap pejabat di Bangunan 7 telah disewa oleh CIA, Perkhidmatan
Rahsia, atau tentera, yang memudahkannya,” dedahnya.
Howard menjelaskan bahawa WTC 7 telah dipenuhi dengan bahan letupan di tempat-tempat strategik.
Pada 11
September semasa menara-menara Utara dan Selatan dibakar, fius telah
dinyalakan di World Trade Center 7, dan letupan nanothermite telah
memunaskan struktur keluli dan menghancurkan ia.
World Trade Center 7 runtuh ke tapak sendiri pada jam 5:20 petang, tujuh jam selepas kemusnahan WTC 1 dan 2.
Bangunan
itu mengejutkan saksi dengan turun pada kelajuan ‘freefall’, menunjukkan
bahawa ia menghadapi rintangan nol dalam perjalanan ke bawah.
Howard mendakwa, dia tidak tahu-menahu mengenai perobohan menara utara dan selaran WTC.
Namun, dia mendapat nasihat untuk menyelidiki siapa di sebalik tragedi paling mengejutkan dalam sejarah Amerika ini.
Howard
berkata, sebuah kajian serius mendapati, pihak yang paling mendapat
manfaat daripada pasaran saham selepas 9/11 adalah sangat mengejutkan
baginya.
“Cuma satu
sahaja organisasi yang boleh merangkumi seluruh dunia, dan biar saya
beritahu sekarang, ianya bukan dan tak pernah pun Al-Qaeda.
“Ianya adalah CIA,” – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan