Ahad, 2 Julai 2017

Bayi baru lahir ditemui di lobi Hospital Taiping



Wartawan MalaysiaGazette


TAIPING- Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di lobi Poliklinik Hospital Taiping di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan hospital berusia 52 tahun di atas kerusi di lobi tersebut pada 9.30 pagi.

“Bayi itu ditemui di dalam sebuah beg berwarna biru muda yang berisi lampin pakai buang, satu set pakaian bayi dan tuala,” katanya.

Bayi itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan di hospital berkenaan pada jam 9.30 malam tadi di atas bangku di ruang lobi di hospital.

“Bayi berkenaan masih hidup ketika ditemui dan tali pusat mangsa sudah dipotong namun belum diikat,” katanya dipetik dalam satu laporan.

Beliau berkata, bayi berkenaan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.

“Polis meminta orang awam atau individu yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu supaya tampil menyalurkan maklumat di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Taiping.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: