Rabu, 7 Jun 2017

Zakaria jumpa SPRM

Wartawan MalaysiaGazette

Zakaria Arshad


KUALA LUMPUR – Kemelut di antara ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Felda Global Ventures (FGV) semakin memuncak apabila Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,

Datuk Zakaria Arshad dijangka hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini bagi membantu siasatan.

Beliau yang diarahkan bercuti tanpa tempoh itu dituduh melakukan kesalahan urusniaga membabitkan Safitex dan anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Arahan tersebut diumumkan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad di dalam satu sidang media khas semalam.

Menurut Isa, satu siasatan dalaman akan dijalankan bagi membuktikan perkara tersebut dan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada CEO FGV apabila siasatan selesai.

Tiada tempoh masa diberikan bagi memuktamadkan siasatan.

Zakaria bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut sebaliknya mengatakan ia adalah satu serangan peribadi selepas beliau dikatakan enggan mengikut arahan ahli lembaga pengarah untuk melabur di dalam beberapa pelaburan yang tidak menguntungkan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki memberitahu Reuters hari ini, agensi tersebut akan segera melakukan siasatan terhadap FGV susulan daripada perkembangan tersebut. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: