Rabu, 7 Jun 2017

Zakaria hadir di SPRM, serah dokumen FGV

MALAYSIAKINI


Selepas diarahkan bercuti serta-merta oleh lembaga pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad hari ini hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan.

"Saya dipanggil SPRM tetapi saya pun dah sedia. Hari ini tak ada cerita apa cuma nak serah dokumen berkenaan FGV sahaja dan terpulang pada SPRM nak tanya apa," ujar Zakaria ringkas ketika diserbu pemberita sebaik sahaja tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM, Putrajaya sebentar tadi.

Beliau tiba sekitar jam 2.20 petang tanpa kehadiran peguamnya.

Semalam, Zakaria dilaporkan sebagai berkata, beliau mahu SPRM menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalah gunaan kuasa.

Jelas Zakaria, walaupun diarahkan bercuti serta-merta oleh lembaga pengarah FGV, beliau sendiri sedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat syarikat perladangan itu termasuk ketika sebelum beliau menjadi CEO lagi.

LIHAT VIDEO DI SINI



Tiada ulasan: