Oleh Subky Latif
PECAH
lagi syarikat kerabat Felda apabila FGV bergolak antara Pengerusinya
Tan Sri Isa Samad dan Presidan/Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulannya,
Datuk Zakaria Ahmad yang dilantik di situ setahun lalu.
Yang
jadi pecah itu teruk sekarang TS Isa menggantung Datuk Zakaria
daripada jawatannya bagi tempoh yang tidak ditentukan bagi membolehkan
dia disiasat. Datuk Zakaria enggan melepaskan jawatan dan TS Isa enggan
meninggalkan FGV.
Apakah mencutikan Datuk Zakaria akan
menyelesaikan masalah dan beban yang melanda FGV? Rasanya tidak dan ia
menjadikan Felda dan FGV bertambah payah.
Selagi TS Isa di
situ, menyelesaikan beban FGV samalah payahnya menyelesaikan masalah
yang menimpa 1MDB. Selagi Najib Perdana Menteri 1MDB amat payah
diselesaikan. Apa juga yang diusahakan tidak akan berjaya selagi Najib
di situ.
Isa yang selagi dikehendak Najib akan kekal di situ, maka FGV akan hidup seperti hidupnya 1MDB.
Hanya
MARA setakat ini lebih senang diselesaikan kerana ia mencutikan
Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa. MARA tidaklah sesusah dan sekusut FGV
dan 1MDB. Tetapi payah juga menyiasatnya jika Pengerusinya tidak
dicutikan.
Anuar Musa tidaklah sekebal Isa Samad, tetapi
Anuar adalah perisai baru Najib menghadapi ribut yang melandanya dalam
politik parti dan kerajaan.
Najib kekurangan panglima dalam
Umno untuk mempertahannya. Panglimanya yang lain tidak dapat membantu
Najib terutama selepas ketiadaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menjadikan
Anuar sebagai Ketua Penerangan Umno nampak dapat memberi nafas kepada
Najib dan Umno.
Tidaklah Najib bergantung pada TPM Datuk
Seri Zahid Hamidi saja. Setiausaha Agung, Tengku Adnan Mansor tidak
mampu memberi bantuan yanag diperlukan Najib dibandingkan dengan Zahid.
Dengan menjadikan Anuar panglima baru boleh meringankan penggantungan
kepada Zahid.
Dengan kedudukan demikian Anuar bertambah
penting di MARA. Sebelum ini Anuar mulai dilihat seorang Umno yang
terbiar di Kelantan. Umno jenuh sejak dari zaman Mahathir mencari orang
yang menghidupkan Umno Kelantan. Umno gantikan dia dengan Datuk Mustapa
Mohamed dan Awang Adek.
Anuar memang lebih pintar
daripada Mustapa dan Awang Adek, tetapi susah menyaingi PAS. Bakat
kepintaran Anuar membela Najib terutama setelah Dr. Mahathir menjadi
penyerang Umno yang hebat. Apabila Anuar dijadikan orang penting baru
yang mungkin lebih layak mengambil tempat Tengku Adnan sebagai
Setiasuaha Agung Umno. Dia boleh jadi penglima yang baik.
Maka
payah digugat dia di MARA kerana dia orang kuat Najib yang baru.
Tetapi MARA lebih bernasib baik ketika dilanda masalah yang menyebabkan
penyiasatan mesti dilakukan, orang MARA mencutikannya dulu. Maka
masalah di MARA tidaklah sesusah FGV dan 1MDB.
Jika betul
Annuar jadi panglima penting Najib, maka Najib mungkin tidak akan
biarkan Annuar dengan masalah yang dihadapi sekarang.
Datuk
Zakaria tidak dapat buat pada TS Isa seperti yang MARA dapat buat pada
Anuar. Jika Zakaria dapat mengaruhi lembaga pengarah FGV cutikan Isa
maka masalah di FGV mungkin tidak sepayah hendak menyelesaikan 1MDB.
Jika
TS Isa tidak lagi jadi panglima kepada Najib, maka ada payahnya bagi
Najib untuk terus menjadi raja yang tidak boleh diusik di Felda.
Apapun
perkembangan terbaru dalam FGV tetap menjadikan PM Najib dapat
tambahan beban. Dia sedang berhempas pulas menangkis serangan atas kes
1MDB, sekarang pecah pula satu yang diibaratkan sebagai sarang tebuan
daripada FGV. Malang timpa bertimpa. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan