Ahad, 11 Jun 2017

SPRM Kenalpasti Enam Isu Utama Dalam Kemelut FGV

Rafa Azmir

SPRM


Timbalan pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki menyatakan bahawa terdapat enam isu dalam kemelut FGV di antara Pengerusinya dan CEO.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan isu-isu itu dan berjanji akan mengkajinya secara terperinci untuk memastikan sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa.

“SPRM meminta semua pihak untuk memberikan masa dan ruang kepada pasukan penyiasat dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Suruhanjaya itu semalam menyerbu dan menggeledah pejabat FGV di ibu negara selama lapan jam dan merampas dokumen yang dimuatkan dalam tiga kotak kertas, beberapa bungkusan dan tiga beg tarik.
 
Serbuan besar-besaran melibatkan 40 anggotanya itu dibuat sebagai tindakan susulan terhadap keterangan presiden ketua pegawai eksekutif Kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad.

Zakaria disiasat selepas dakwaan Tan Sri Isa Samad yang cuba menyingkirkannya daripada FGV atas alasan masalah tunggakan hutang AS$8.3 juta daripada sebuah syarikat Dubai.

Dalam kenyataannya hari ini, Azam berkata SPRM sedang mengkaji dokumen-dokumen yang dirampas untuk mengumpul bukti sebelum tindakan lanjut diambil.

“Sehubungan itu, SPRM juga akan mula memanggil saksi-saksi dan individu-individu terlibat bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat,” katanya.


Tiada ulasan: