KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd
Hashim Abdullah mungkin terpaksa menggunakan persempadanan kawasan
pilihan raya sedia ada untuk pilihan raya umum akan datang dan bukannya
persempadanan semula yang dicadangkan pada 8 Mac lalu.
Ini berikutan beberapa pihak yang mencabar persempadanan semula itu dan
kes berkenaan seperti di Selangor dan Melaka yang masih dibicarakan di
mahkamah.
Dalam temu bual dengan akhbar harian Cina, Oriental Daily, Hashim
mengakui kes mahkamah itu menjejaskan proses cadangan persempadanan
semula oleh SPR.
Oleh itu, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada proses persempadanan
semula itu akan dapat diselesai sebelum pilihan raya umum yang akan
datang, yang mesti diadakan tidak lewat sebelum Ogos 2018.
"Jika ini tidak dapat diselesaikan mengikut masa, maka (SPR) perlu
menggunakan persempadanan pilihan raya lalu pada pilihan raya akan
datang," katanya yang dipetik oleh akhbar itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan