Jumaat, 9 Jun 2017

Shahril tulis surat kepada Isa

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad akan menulis sendiri surat kepada Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad bagi memberi cadangan tiga nama sebagai wakil dalam anak syarikat itu.
 
Surat berkenaan akan dihantar pada Isnin ini, selepas permintaan untuk melantik wakil-wakil dari FELDA yang dihantar sebelum ini tidak mendapat sebarang jawapan.
 
"Pada 23 Mei lalu, mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA memutuskan dan melantik tiga nama bagi mewakili FELDA di Lembaga Pengarah FGV iaitu dua orang daripada pengurusan dan seorang lagi dari Lembaga Pengarah FELDA.
 
"Pada 26 Mei, satu surat (memutuskan bagi melantik tiga wakil dalam FGV) dikeluarkan urus setia Lembaga Pengarah FELDA dan dihantar kepada setiausaha syarikat. 
 
"Namun sehingga kini, tiada jawapan daripada FGV, jadi saya sendiri akan menulis surat dan hantar kepada Pengerusi FGV, Isnin ini," katanya.
 
Kemelut pengurusan FGV meruncing selepas empat pengurusan kanan syarikat itu dan anak syarikatnya termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dipaksa bercuti, Selasa lalu. 
 
Tiga lagi adalah Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
 
Menjelaskan lanjut Shahir meminta tindakan drastik segera diambil untuk menstabilkan semula FGV sekaligus mengembalikan semula keyakinan rakyat dan pelabur.
 
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) melihat serius perkara ini dan tindakan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah adalah langkah bagus. 
 
"Kemelut FGV perlu betul-betul diselesaikan, bukan soal siapa menang kerana jika kemelut FGV tidak selesai, FELDA juga akan terkesan dan pembayaran dividen kepada peneroka juga boleh terkesan.
 
"Tiada kemelut tidak boleh diselesaikan dan saya yakin ia boleh kembalikan keyakinan masyarakat terhadap FGV," katanya. 


Tiada ulasan: