Khamis, 29 Jun 2017

Selangor belanja RM2juta raikan 60,000 rakyat

MALAYSIA DATELINE




Kerajaan Negeri tidak teragak-agak membelanjakan RM2 juta untuk meraikan lebih 60,000 rakyat negeri itu yang dijangka hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor.

Menteri Besar, DatukSeri Mohamed Azmin Ali berkata, majlis rumah terbuka itu merupakan masa terbaik untuk Kerajaan Negeri menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat yang terus mendukung usaha dan dasar Kerajaan Negeri.

“Kos hari ini khususnya makanan agak mahal, seperti dilaporkan Pegawai Kewangan Negeri, ia melibatkan hampir RM2 juta dalam persiapan menyambut kedatangan lebih 60,000 rakyat Selangor.

Rumah Terbuka Eidulfitri 2017“Ia adalah tanda terima kasih kepada rakyat pelbagai lapisan kaum dan agama yang menzahirkan kesepaduan dan muafakat utuh di Selangor,” katanya seperti dilapor portal Selangorkini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika turun padang bagi meninjau sendiri persiapan Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Eidulfitri Peringkat Negeri di Padang Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.

Beliau gembira melihat kemampuan rakyat Selangor mengekalkan perpaduan dan keharmonian di negeri itu di atas keyakinan mereka sendiri bahawa perpaduan merupakan tunjang untuk mencapai kejayaan lebih besar di masa akan datang.

Sebelum itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman dalam taklimatnya kepada Mohamed Azmin, memberitahu Kerajaan Negeri memperuntukan RM250,000 dan selebihnya dibiayai pelbagai anak syarikat Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: