Sabtu, 3 Jun 2017

Sekam sudah berpisah dari padi, kata PPBM

 MALAYSIA DATELINE

Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Tindakan beberapa pemimpin penaja Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) dan para pengikut mereka bertindak meninggalkan parti itu disifatkan sebagai proses pembersihan umpama 'sekam yang berpisah dari padi'.

Datuk Kamarudin Md NorKetua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor berkata, tindakan keluar masuk parti adalah satu perkara biasa dalam politik apatah lagi jika ia didorong oleh agenda peribadi.

Beliau merujuk rencana yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 30 Mei bahawa Bersatu berada dalam keadaan bercerai berai (disintergrating).

"Tulisan itu dituju kepada PPBM dengan mengambil kira peristiwa perletakan jawatan 4 orang Ketua Penaja Bahagian dan saorang  Exco Srikandi Pusat dan beberapa orang ahli yang berlaku di Perak pada minggu lalu dan sebelum itu di Negeri Sembilan.

"Saya sukacita menjelaskan bahawa kedudukan PPBM Perak khususnya pada masa ini adalah masih tetap teguh dengan tahap perpaduan di kalangan 20 lagi Ketua-Ketua Penaja Bahagian adalah sangat kuat di bawah Pengerusi Badan Pimpinan Negeri.

"Dan bahagian-bahagian yang ketuanya telah meletakkan jawatan akan segera mendapat Ketua baru apabila urusan perlantikannya selesai," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menganggap peristiwa ini sebagai proses saringan untuk 'memisahkan sekam dari padi' dan berbersyukur kerana 'kumpulan sekam' itu sendiri telah bertindak untuk berpisah dan bukan Pimpinan Pusat PPBM yang terpaksa berbuat demikian.
Menurut beliau, walaupun PPBM baru ditubuhkan namun sokongan yang diterima terus meningkat terutama daripada bekas penyokong Umno.
Kamarudin menambah, PPBM kita mengaddakan program Jelajah Semarak yang telah diadakan di lima negeri dan berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong.

"Ada enam buah negeri lagi yang belum diadakan Jelajah Semarak. Ianya akan diadakan selepas bulan puasa ini," jelas beliau.

PPBM ujarnya memutuskan utk bertapak di Semenanjung sahaja dengan jumlah kawasan Parlimen sebanyak 165 buah.

Dalam tempoh tujuh bulan, parti itu dapat menubuhkan 159 bahagian beserta ketua, sayap Srikandi (wanita) dan Armada (pemuda).

PPBM juga, jelas Kamarudin telah menubuhkan pejabat sebagai pusat operasi di peringkat parlimen tanda bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum (PRU).

"Rumusannya, meskipun terdapat beberapa orang yg gagal untuk mencuba mengadu domba diantara pimpinan utama parti dan telah meletakkan jawatan dan mengisytiharkan diri keluar parti namun ia tidak membawa kesan apa-apapun terhadap keutuhan dan perpaduan di kalangan pemimpin utama parti di peringkat Pusat," katanya.

Bahkan perpaduan parti, katanya bertambah erat apabila Pengerusi PPBM Tun Mahathir Mohamad sendiri mengeluarkan kenyataan membela dan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti.

Tiada ulasan: