Selasa, 6 Jun 2017

Saya pakai tudung berharga RM30 – Ziela Jalil

Mohammad Arif Nizam
Ziela Jalil

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit drama, Datuk Ziela Jalil kecewa dengan laporan sebuah akhbar yang menggambar dirinya gemar berbelanja mewah untuk membeli tudung.

Ziela, 46, dalam satu status Instagram miliknya menjelaskan, beliau tidak membeli tudung berharga ribuan ringgit namun hanya ke butik jenama terkenal tersebut sebagai terapi diri.

“Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli.

“Pemilik Bawal Exclusive selalu menaja saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli. Saya kata ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja,” tulisnya.


Ziela memuat naik status di Instagramnya bagi menjelaskan tentang perkara berkenaan.

Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil berkata demikian bagi menjelaskan sebuah laporan akhbar yang mendakwa beliau berbelanja mewah dengan membeli tudung berharga ribuan ringgit pada setiap hari.

Menjelaskan perkara berkenaan, penerbit drama 7 Hari Mencintaiku berkata, pendapatnya mengenai sikap berbelanja mewah seseorang adalah terpulang kepada individu yang mampu.

“Bila tanya pasal berbelanja beribu, saya kata itu hak masing-masing, kalau dah mampu beli sahaja, jangan tak merasa,” katanya.

Ziela turut berkata, dia kesal dengan perkara berkenaan yang akan mengudang masalah kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: