Rabu, 21 Jun 2017

Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung

OLEH: NORHAYATI UMOR

 RUmah terbuka


AMPANG: Rumah Terbuka Eidulfitri peringkat negeri yang akan diadakan pada 2 Julai depan menyasarkan menerima lebih 50,000 pengunjung.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain berkata, persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh MPAJ yang bertindak selaku tuan rumah kali kedua, tahun ini.

Katanya, sebanyak 100 buah bas dijangka disediakan untuk membawa penumpang dari semua daerah ke lokasi rumah terbuka.

“Ketika ini, khemah-khemah sudah sedia dipasang secara berperingkat. Kemudahan bas disediakan juga perkhidmatan bas smart selangor dari stesen aliran transit ringan (LRT) disediakan.

“Sebanyak 34 gerai makanan dengan pelbagai juadah menarik disediakan pada majlis itu nanti antaranya kuih tempatan, pelbagai juadah nasi, pelbagai jenis mee dan juadah yang sinonim dengan hari raya disediakan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat penuh bulanan, di sini.

Pada masa sama, Abd Hamid berkata, MPAJ bekerjasama dengan pengurusan pasaraya, pusat membeli belah dan pemilik parkir bertingkat bagi menyediakan petak parkir untuk pengunjung di kawasan berhampiran lokasi majlis.

“Kita juga bekerjasama dengan pihak polis bagi menjaga lalu lintas supaya tiada kesesakan berlaku sepanjang berlangsung rumah terbuka itu,” katanya.

Rumah terbuka itu akan diadakan pada 2 Julai depan bertempat di Padang Perbandaran Pandan Indah yang akan disempurnakan perasmiannya oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 11 pagi.=EZY=

Tiada ulasan: