Jumaat, 23 Jun 2017

Rahman Dahlan 'buat hal' lagi!

Rahman Dahlan 'buat hal' lagi!
Keratan video klip raya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman.
SELEPAS muncul dengan klip video raya bermain dram pada tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman 'buat hal' lagi apabila tampil dengan klip video baharu berimej 'emoji' berlatarkan lagu Warna Warni Aidilfitri pada tahun ini.

Video yang berdurasi 4 minit 21 saat, memaparkan Abdul Rahman dan pasukannya yang lebih dikenali sebagai ‘Team RD” dilihat ceria sambil bersama-sama menyanyikan lagu raya.

Lebih menarik ialah kemunculan istimewa isterinya, Datin Norazlina Awang Had yang memakai baju kurung warna sedondon kelabu dengan Abdul Rahman.

Selain itu, Norazlina turut memainkan peranan penting dalam klip video ini, apabila turut berlakon pada detik permulaan klip kali ini.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Abdul Rahman, Jessylina Mat Lazim berkata, setiap tahun, ruang ucapan hari raya lazimnya mereka cuba berbincang bersama rakan-rakan di pejabat supaya ada kelainan yang ditampilkan beliau.

"Tahun lalu menampilkan seluruh warga kerja bermain alat muzik, tahun ini melihatkan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membuat sedikit gimik lakonan bersama isterinya," katanya kepada Sinar Online.

Katanya lagi,"tujuan khusus video ini dilakukan bukan sahaja untuk memberi ucapan raya melalui cara yang lebih kreatif tetapi ia dapat mengeratkan hubungan kami sesama warga pejabat yang saban hari bekerja memastikan kerja yang diamanahkan berjaya dilaksanakan sebaiknya,".

Video yang baharu ditayangkan ini mendapat 2,016 tontonan setakat ini dan telah dirakamkan di kediaman Rahman Dahlan.

Tiada ulasan: