Isnin, 5 Jun 2017

Premis PAN di Wakaf Bharu ditutup – bekas ahli

MUHAMAD ARIF ISMAIL

 
BIARPUN Parti Amanah Negara (PAN) cuba memperlihatkan kekuatan mereka bagi menawan Kelantan, namun belum pun berusia dua tahun, parti serpihan itu dilihat semakin hilang sokongan.
 
Malah ada pejabat parti itu di Wakaf Bharu sudah tidak lagi beroperasi sekarang. Sedangkan premis terbabit menjadi tempat PAN Tumpat mengatur gerak kerja parti.
 Bekas ahli PAN, Loke Kuan Seong berkata semasa bersama parti itu beliau pernah menghadiri mesyuarat di bangunan tersebut.

“Sekarang sudah tutup tidak beroperasi lagi,” katanya ketika ditemui Wakaf Bharu. Baru-baru ini beliau menyertai semula PAS sempena program ceramah di Kampung Kebakat.

Pada program itu beliau menyerah 45 borang menyertai PAS kepada Naib Presiden Datuk Mohd Amar Abdullah.

Turut menyertai semula PAS pada program itu Mohd Razi Awang Kechik bersama 34 penduduk tempatan di kampung terbabit.

Siong juga berkata beliau sudah lama mengenali latar belakang setiap pemimpin PAN di Tumpat.

Menurutnya berdasar keperibadian pemimpin PAN, mereka tidak mungkin dapat melebarkan pengaruh parti serpihan itu.

“Sebelum ini saya sertai PAN kerana ingat anggota parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mahu sertai parti berkenaan.

“Tetapi beliau keluar PAS dan tidak menyertai PAN sebaliknya menyertai PKR. Saya tidak mahu cakap banyak, kalau tengok pemimpin PAN sekarang mereka tidak boleh melangkah jauh.

“Ramai penduduk non-Muslim di Wakaf Bharu turut bersama saya keluar PAN dan kini aktif dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS,” tambahnya. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: