Isnin, 12 Jun 2017

Polis tahan pemandu Grab disyaki rogol penumpang

 
Mangsa dikatakan dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan pemandu Grab tersebut.


Grab,-rogol,-mabuk,-Myvi

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu Grab dipercayai merogol seorang wanita di dalam kereta miliknya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, semalam.

Dalam operasi 10 malam tadi, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, lelaki berkenaan dipercayai merogol wanita berusia 29 tahun yang menggunakan perkhidmatannya pada 4 pagi.

“Ketika kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan. Selepas itu suspek menghantar mangsa pulang ke rumah.

“Polis turut merampas pakaian serta kereta jenis Myvi milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan

Tiada ulasan: