Wan Kamarul Azran berkata, mangsa kemudian dilanggar oleh sebuah motosikal lain dan dua lagi kereta jenis Proton Waja dan Perodua Myvi yang melalui laluan itu," katanya, malam tadi.

Beliau berkata, dua lagi penunggang motosikal berkenaan dan pemandu pacuan empat roda cedera ringan, manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa bagi urusan pengkebumian.

Mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.