Rabu, 14 Jun 2017

Penjawat awam Kedah bakal terima duit raya RM1,000

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Kira-kira 5,000 penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan negeri ini akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000.
 
Keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  (Exco ) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini.
 
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, bayaran berkenaan akan dimasukkan ke akaun penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini. 
 
"Kerajaan negeri berharap agar Bantuan Khas Aidilfitri ini akan membantu meringankan beban dan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri penjawat awam negeri ini, " katanya.
 
 
 

Tiada ulasan: