Rabu, 7 Jun 2017

Negeri Sembilan umum sagu hati RM500

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
 
 
SEREMBAN –  Seramai 6,323 kakitangan pentadbiran awam kerajaan negeri, akan menikmati pemberian sagu hati RM500 sempena menyambut Aidilfitri penghujung bulan nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bayaran sagu hati itu sama seperti yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kepada semua penjawat awam seluruh negara.

“Pada tahun ini kita akan memberi bayaran sagu hati sebanyak RM500 kepada semua kakitangan pentadbiran awam negeri ini, sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan.

“Sebanyak RM3.1 juta telah diperuntukkan untuk agihan bonus kepada semua penjawat awam kerajaan negeri, termasuk  pekerja di bawah anak syarikat kerajaan Negeri Sembilan.

“Pemberian sagu hati ini akan dibayar sama dengan gaji pada 15 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini, semalam.

Tambah Mohamad, melalui pemberian ini beliau berharap dapat mengurangkan beban keluarga dalam menyediakan keperluan untuk Aidilfitri.

Tiada ulasan: