Selasa, 6 Jun 2017

Nak bercumbu jangan dalam kereta, nasihat NGO kepada warga emas

Mohd Haizal Yatiran
 


KUALA LUMPUR – Sebagai seorang yang sudah berumur, membawa perwatakan ‘lebai’, adalah tidak masuk akal untuk merakam aksi bercumbuan dalam kereta sehingga menjadi tular.

Tambahan pula, dalam video berdurasi 2.22 minit itu, didapati seorang kanak-kanak berada di bangku belakang kereta tersebut dalam keadaan terpaku.

Selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah ketika dihubungi menggesa agar mana-mana pihak tidak mencontohi perlakuan sumbang tersebut.

Beliau turut menggesa agar semua pihak berhenti menyebarkan video tersebut kerana risau memberi kesan yang negatif kepada penonton, terutama golongan kanak-kanak.

“Dah tua kan, sedarlah diri tu, janganlah buat benda tak senonoh macam tu. Bulan puasa pula tu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Di laman-laman sosial juga, netizen turut mengecam perbuatan dua warga emas tersebut yang turut berimej Islam itu.

“Tak padan dengan lebai, tudung. Orang tua zaman sekarang dah terbalik,” kata salah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Ropi. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: