Jumaat, 9 Jun 2017

Misbun kembali ke pangkuan BAM

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)  Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan penyertaan  Datuk Misbun Sidek ke dalam BAM sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.  
 
Norza berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat di Jawatankuasa Kejurulatihan dan latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara di sini, sebentar tadi.
 
"Misbun akan melapor diri selepas sambutan Aidilfitri," kata Norza ketika sidang media, hari ini. 
 
Misbun, kembali ke pangkuan BAM selepas meletak jawatan  ekoran tidak sefahaman dengan pihak pengurusan badan induk itu pada 2011. 
 
Beliau pernah membantu pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak Olimpik pertama pada 2008 di Beijing

Tiada ulasan: