Isnin, 19 Jun 2017

Mayat pemuda OKU dihanyutkan banjir di Hulu Langat ditemukan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus ketika banjir kilat di Hulu Langat kelmarin ditemukan kira-kira satu kilometer dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua dekat sini hari ini.  
 
Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohd. Shafiq Ramli berkata, mayat Taufik Alias, 23, seorang pemuda kelainan upaya (OKU) ditemukan terapung oleh penduduk kampung di Tanjung Niah pada pukul 2.54 petang tadi.
 
Kelmarin, rakaman video pemuda itu hanyut dibawa arus deras ketika cuba menyelamatkan motosikalnya yang terjatuh ke dalam sungai menjadi tular di media sosial.
 
 

Tiada ulasan: