Ahad, 11 Jun 2017

Kit Siang Makan Dalam Talam, Strategi Tarik Undi Melayu-Islam


Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempotretkan diri berbuka puasa sambil ‘makan dalam talam’ sebagai strategi terbaharu untuk menarik undi kelompok Melayu-Islam.

Rakaman berbuka puasa sambil ‘makan dalam talam’ oleh Kit Siang yang disebarkan di media sosial itu berlaku di Kampung Bakar Kapor malam tadi.

Kit Siang bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Husin Mat Isa, aktivis PAN yang dilantik Kerajaan Negeri Pulau Pinang. berbuka puasa selepas bertemu masyarakat tempatan di Kampung Bahru dan Kampung Bakau Tua, dan membuka pusat khidmat terbaru DAP di Taman Penaga Permai.

Seorang lagi aktivis PAN, Mohd Radzi Wahab yang turut berada di situ memberitahu pihaknya akan sedaya mungkin untuk memulihkan imej DAP yang dilabel anti-Melayu dan anti-Islam.


“DAP bukan jahat. Saya sangat gembira lihat Kit Siang di sini lagi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Sebelum ini, Suara Akar Umbi – VoG melaporkan Penang Institute ‘think tank DAP’ di bawah Zairil Khir Johari dalam kajian terbarunya menunjukkan sokongan Melayu kepada DAP merosot teruk antara faktornya ialah serangan UMNO sebelum ini ditangkis terutama oleh PAS tidak berlaku lagi setelah PAS putus hubungan dengan DAP.

“Malah serangan UMNO menjadi makin parah kerana ada sesetengah ahli PAS menyebar luas serangan ini membuatkan imej sebenar DAP terbongkar,” lapornya.


DAP dilaporkan berusaha memperbaiki imejnya dengan melantik beberapa muka Melayu seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Zaidi Ahmad yang menjadi orang perantaraan untuk mengatur majlis berbuka puasa untuk disebarluaskan kepada masyarakat Melayu-Islam.

Tiada ulasan: