Ahad, 11 Jun 2017

Kes rasuah koperasi GLC: Reman empat Datuk disambung enam hari lagi





PUTRAJAYA – Tempoh reman empat individu bergelar ‘Datuk’ yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berakhir hari ini dilanjutkan enam hari lagi.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di mahkamah majistret di sini hari ini.

Sementara itu, sepasang suami isteri yang direman bersama empat ‘Datuk’ terbabit bagi membantu siasatan kes sama, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM10,000 masing-masing dengan dua penjamin.

Keenam-enam mereka merupakan pengerusi, setiausaha, bendahari yang masing-masing bergelar Datuk serta seorang anggota lembaga koperasi GLC dan isterinya yang merupakan penjawat awam selain seorang pemilik syarikat pembekal yang juga bergelar Datuk.

Kesemua mereka ditahan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lepas kerana disyaki memperdaya tidak kurang daripada 450 anggota koperasi di bawah naungan mereka, yang menghasilkan komisen bernilai ratusan ribu ringgit bagi anggota-anggota lembaga berkenaan.

Susulan itu kesemua mereka direman selama lima hari bermula Rabu lepas dengan kes disiasat mengikut Sekysen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009.


Tiada ulasan: