Isnin, 12 Jun 2017

Kes pecah rumah di Besut menurun sejak Ramadan

 Bernama

Pengurangan itu disebabkan penglibatan masyarakat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

BESUT: Kadar jenayah terutama kes pecah rumah di sekitar kawasan Besut menurun sejak Ramadan ini berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi.

Katanya, pengurangan itu disebabkan penglibatan masyarakat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Mohd Zamri berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Jom Ronda Versi 6.0, 2017 peringkat daerah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intregasi Nasional (JPNIN) , Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KRT Bandar Jertih di sini  pukul 2.30 pagi tadi.

Katanya 200 anggota SRS hadir untuk kerja-kerja sukarela berkenaan sepanjang tahun ini dan beliau berharap golongan profesional akan turut terlibat dengan program kemasyarakatan itu bagi mengekang jenayah di kawasan perumahan.

“Penglibatan golongan professional dalam pasukan SRS mungkin mampu membantu dari sudut teknikal dan juga sama-sama membantu menjaga keselamatan dan keamanan setempat,” katanya

Tiada ulasan: