Isnin, 12 Jun 2017

Kereta hilang kawalan sebelum bertembung

Kereta hilang kawalan sebelum bertembung


TUMPAT - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 1 Jalan Wakaf Bharu-Tumpat dekat kampung Semat Jal petang semalam.

Mangsa, Mohd Adnan Abdullah, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman di kepala.

Kejadian kira-kira 5 petang, mangsa merupakan Pegawai Pemasaran Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Tumpat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, nahas dipercayai berlaku apabila mangsa memandu  kereta jenis Viva hilang kawalan memasuki laluan bertentangan.

"Kereta mangsa kemudiannya berlanggar dengan kereta jenis Myvi dari arah bertentangan itu," katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di kepala.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: