Selasa, 27 Jun 2017

Kerana Air Asia Nik Abduh, Zaid bertelagah pendapat di laman sosial

 DALIA ISMAIL

nik abduh zaid ibrahim air asia x


Kejadian pesawat Ais Asia dari Pert Australia ke Kuala Lumpur yang terpaksa berpatah balik selepas dipercayai mengalami masalah enjin menjadi pertelagahan antara Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz dan Datuk Zaid Ibrahim di twitter dan facebook masing-masing.

Kejadian AirAsia yang berlaku pada Ahad telah mengundang komen zaid menerusi twitternya berkata:"Pilot have to give hope, and leave the rest to God and the passengers. If AisAsia are big into prayers, engage proper Iman and priest."

Bagaimanapun Nik Abduh menerusi laman facebooknya menulis dengan tajuk 'AirAsia, Doa dan Datuk Zaid Ibrahim' beliau cuba mengagak bila agaknya Zaid berdoa kepada tuhannya? Bila saatnya? soalnya.

Zaid Ibrahim doa

Kata Nik Abduh;" Saya doakan saatnya nanti, fitrah Datuk Zaid Ibrahim akan tersembul keluar. Biar Allah tunjukkan dengan hikmat-Nya bahawa untuk menagih harapan hidup dan umur lebih panjang, dia akan dipaksa fitrahnya untuk turut berdoa kepada tuhannya," ujarnya dengan memetik potongan ayat dalam Al-Quran yang mengambarkan saat kegetiran umatnya akan mengangkat tangan untuk berdoa memohon pertolongan dan membebaskan diri daripada sebarang kecelakaan.

Sambungnya lagi,"Ia adalah fitrah manusiawi yang tersembul keluar dari dalam diri manusia hatta mereka yang hidup penuh alpa daripada mengingati Allah sekalipun.

"Saat bersabung nyawa disapa takdir alam milik-Nya adalah saatnya Allah tunjukkan kepada manusia hakikat kehidupan. Mereka perlukan Allah. Allah lah empunya langit bumi dan segala kejadiannya," ujar Nik Abduh seolah menyindir  tweet  yang dimuat naik Zaid.

Zaid Ibrahim kapal

Bagaimanapun Zaid hari ini menerusi facebooknya pula mendakwa Nik Abduh salah mentafsirkan maksud tweetnya itu.

"Nik Abduh tak faham maksud tweet saya. Tak terkejut kerana benda mudah 1MDB pun dia tak faham," tempelaknya.

Zaid turut menulis di facebooknya: "Bila enjin bergegar semua penumpang sudah pun berdoa, tak payah lah juruterbang menambah kerisauan; itu maksud saya," ujarZaid.

Pada Ahad Pesawat AirAsia X dalam penerbangan dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth selepas berlepas tiga jam akibat masalah teknikal.

Tiada ulasan: