Selasa, 13 Jun 2017

Kerajaan jamin rakyat Malaysia di Qatar boleh pulang beraya

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Merican memberi jaminan rakyat Malaysia di Qatar tidak ada masalah untuk pulang ke tanah air untuk berhari raya.
 
Bagaimanapun mereka yang sudah menempah tiket perlu memeriksa jadual penerbangan dan patuh dengan peraturan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan di negara itu.
 
"Saya nasihatkan rakyat Malaysia di Qatar untuk periksa jadual penerbangan mereka kerana saya difahamkan ada obligation yang dikenakan Qatar Airways iaitu ada ruang udara tertentu yang tidak dapat kebenaran untuk dilalui.
 
"Disebabkan itu mungkin mereka yang telah menempah tiket akan berdepan dengan rescheduling flight mereka. Itu sahaja. Yang lain tidak ada masalah," katanya.
 
Reezal memaklumkan keselamatan hampir 5,000 rakyat Malaysia di Qatar terjamin dan sentiasa dihubungi oleh kedutaan negara ini di Doha bagi mendapatkan perkembangan semasa, selain pemantauan semasa juga dijalankan oleh Wisma Putra.
 
"Ketika ini tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana krisis yang berlaku tidak menyebabkan Qatar bertukar menjadi zon konflik, peperangan atau apa-apa yang sampai ke tahap itu.
 
"Keadaan di sana terkawal dan kita sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia untuk memastikan keselamatan mereka terjamin," katanya lagi.
 
 

Tiada ulasan: