Jumaat, 16 Jun 2017

Kemelut FGV : Sejauh Mana Keberkesanan Tadbir Urus Syarikat Korporat di Malaysia?

Malaysian Access

FGV

Selaku syarikat kedua terbesar di dunia yang telah disenaraikan selepas Facebook, pada 2012, FGV telah menjadi harapan baharu kepada peneroka FELDA apabila tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Tujuan utama DS Najib menjadikan FGV sebuah syarikat awam adalah untuk membuktikan bahawa ia mampu bersaing dan mencapai matlamat untuk tersenarai dalam sepuluh buah syarikat pertanian terbesar di dunia.

Pada peringkat awalnya, pemilihan Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah yang mempunyai latarbelakang cemerlang sebgai  CEO pertama mula memberi keyakinan positif kepada awam bahawa  FELDA dan FGV pasti berjaya.

Namun, keyakinan ini mula goyah apabila pelantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA dan FGV dibuat. Perkara ini disebabkan keahliannya dalam Koperasi Permodalan Felda telah dipertikaikan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengesahkan bahawa pelantikanya salah disisi undang-undang selain beliau juga pernah digantung keahliannya dalam UMNO akibat amalan politik wang.

Hasil daripada kerisauan diatas, bermula daripada penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, skandal demi skandal di FGV telah menyebabkan harga saham FGV merudum dari RM4.45 (semasa diapungkan) kepada RM1.72 (terkini).

Pertukaran CEO FGV telah berlaku dan diterima positif oleh pihak awam dan pemegang saham FGV namun kemelut terkini yang melanda FGV sehingga memaksa DS Idris Jala dilantik sebagai orang tengah, siasatan membabitkan SPRM dan percakaran diantara ahli politik BN sendiri terhadap FGV telah meninggalkan kesan dan menimbulkan persoalan di fikiran rakyat antaranya :
  1. Adakah sesuai mana – mana ahli politik terutama yang tiada latarbelakang berkaitan perniagaan dan pengurusan kewangan dilantik menerajui syarikat tersenarai di Bursa Saham seperti FGV, syarikat awam seperti Tabung Haji dan lain-lain syarikat pemegang dana terbesar awam di Malaysia?
  2. Adakah pelantikan seseorang individu untuk menerajui syarikat awam tidak perlu mengambilkira latarbelakang seseorang pada masa lampau?
  3. Adakah perlu kerajaan menyediakan SOP dan kriteria yang ketat bagi melantik ahli politik sekiranya kerajaan masih berkeras mahu mereka menerajui sesebuah syarikat awam?
  4. Sejauh manakah kod tadbir urus korporat Malaysia dipatuhi dan dilaksanakan oleh syarikat awam di Malaysia?
  5. Sejauh manakah keyakinan pelabur terhadap maklumat laporan tahunan yang disediakan bagi menilai prestasi syarikat awam di Malaysia?
  6. Adakah keyakinan rakyat terhadap syarikat dana awam di Malaysia seperti PNB,Tabung Haji dan sebagainya masih kukuh?
  7. Terdapat ramai profesional dan pakar korporat di Malaysia, adakah kerajaan telus untuk memberi peluang kepada mereka menerajui syarikat awam di Malaysia?
  8. Sejauh mana authoriti-authoriti berkaitan syarikat awam di Malaysia berani melaksanakan tanggungjawabnya?
  9. Adakah Malaysia berani mengasingkan kuasa esekutif dari mencampuri urusan korporat sebagaimana amalan negara-negara maju?
Antara persoalan- persoalan yang bermain difikiran rakyat ini perlu diambil serius oleh Kerajaan. Ini bagi memastikan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap Malaysia kembali pulih.

Diharap janji DS Najib agar kemelut FGV dapat diselesaikan sebelum Hari Raya menjelang serta membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan akan menjadi langkah pertama memulihkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap syarikat awam di Malaysia!!!


Tiada ulasan: