Jumaat, 2 Jun 2017

KEMASKINI- Tujuh pelajar tahfiz maut van terbabas

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA KRAI: Dua lagi pelajar tahfiz meninggal dunia, menjadikan keseluruhan yang maut dalam nahas membabitkan sebuah van pagi tadi berjumlah tujuh orang.
 
Terdahulu dilaporkan lima pelajar tahfiz terbunuh selepas van yang dinaiki mereka terbabas sebelum jatuh ke dalam parit di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di Kampung Telekong, pagi tadi.
 
Lima pelajar yang meninggal dunia di lokasi ialah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, dan Sarifuddin Muhammad, 14, (Thailand) manakala Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK).
 
Kemalangan itu juga menyebabkan lima lagi pelajar tahfiz dan dua guru pengiring parah. 
 
Mereka kini dirawat di HKK dan Hospital Machang. Mereka ialah Ahmad Syakir Azfar Abd Rahim, 16; Muhammad Faiz Hafizuddin Mohamad Izahir, 17; Muhammad Aidil Ismail, 14; Muhammad Syuwari Manasikana, 14; Muhammad Nur Haikal Fauzi, 14; Muhammad Hamzi Muhammad Husham, 24; dan Muhammad Izzat Muhammad Nor, 24.
 
Semua mangsa dari Sekolah Tahfiz CIC CT-One Islamic Centre atau Pusat Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai, yang diundang ke program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan bagi membaca dan tafsir al-Quran sempena Ramadan.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj yang dipetik BH Online berkata van jenis Maxus V80 (WEBSTAR) yang dinaiki mangsa, terbabas sebelum merempuh sebuah rumah. 
 
Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan membabitkan penghuni rumah berkenaan. 
 
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
 
 

Tiada ulasan: