Khamis, 1 Jun 2017

KDN diyakini kendali siasatan The Star dengan bijak - Azman Ujang

Oleh Ainor Rahim 
 
Post Pic



SHAH ALAM: Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Azman Ujang yakin Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengendalikan siasatan berhubung kontroversi muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star baru-baru ini dengan baik.

Pada masa yang sama, Azman turut mengingatkan semua pihak khususnya pengamal media mengambil iktibar terhadap insiden yang telah berlaku supaya perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa hadapan.

"Benda telah berlaku jadi bagi pihak KDN memang tindakan dia akan siasat seperti biasa.

"Saya boleh mengatakan bagi pihak wartawan bahawa diharap pihak yang bertanggungjawab yang melakukan itu akan mengambil perkara ini lebih serius pada masa akan datang supaya tidak berulang lagi. Kita tunggu kebijaksanaan KDN mengendalikan kes ini. Kita tunggu dan lihat," katanya kepada Antarapos hari ini.

Muka hadapan The Star pada 27 Mei lalu memaparkan foto dan keterangan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih pada hari pertama Ramadan di bawah tajuk  "Malaysian Terrorist Leader".

Ini mencetuskan kritikan daripada pelbagai pihak, terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam, yang menyifatkan tajuk berita dan keterangan gambar itu sebagai tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat Islam.

Susulan itu, akhbar berkenaan sudah membuat permohonan maaf, manakala KDN pada semalam memberi tempoh seminggu untuk syarikat berkenaan mengemukakan sebab ia tidak boleh dikenakan tindakan



Tiada ulasan: